Log masuk
Log masuk
Log masuk
Pilih Bahasa
026

Asy-Syu'araa' 26:95 وجنود ابليس اجمعون ٩٥

26:95
وَجُنُودُ
إِبۡلِيسَ
أَجۡمَعُونَ
٩٥
"Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.
Teruskan Membaca

Baca Tafsir

Ibn Kathir (Abridged)

Those Who have Taqwa and the Astray on the Day of Resurrection, and the Arguments and Sorrow of the Erring

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ

(And Paradise will be brought near) means, it will be brought close to its people, adorned and decorated for them to behold it. Its people are the pious who preferred it t

…

Those Who have Taqwa and the Astray on the Day of Resurrection, and the Arguments and Sorrow of the Erring

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ

(And Paradise will be

…
Lebih Banyak Tafsir

Baca dalam Konteks

Bab 26, Halaman 371, Juz 19

69. Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim. 70. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?" 71. Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya". 72. Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya? 73. "Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?" 74. Mereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian". 75. Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu? - 76. "(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu? 77. "(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam; 78. "Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; 79. "Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum, 80. "Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; 81. "Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku; 82. "Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; 83. "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; 84. "Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; 85. "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; 86. "Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat; 87. "Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula - 88. "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, 89. "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); 90. "Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, 91. "Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat; 92. "Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu - 93. ` Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? ' 94. "Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama, 95. "Termasuk juga bala tentera iblis semuanya. 96. "Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka: 97. " ` Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata, 98. " ` Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam; 99. " ` Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa. 100. " ` Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan, 101. " ` Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa. 102. " ` Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman. ' " 103. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. 104. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.

- Abdullah Muhammad Basmeih

Nota dan Refleksi

Anda tidak mempunyai sebarang nota atau renungan tentang ayat ini.

Notes placeholders

Kekal Terhubung dengan Al-Quran ❤️

Peringatan ringkas yang bermakna untuk menetapkan semula, merenung dan kekal terhubung dengan al-Quran.

Baca, Dengar, Cari, dan Renungkan Al-Quran

Quran.com ialah platform dipercayai yang digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk membaca, mencari, mendengar dan merenung Al-Quran dalam pelbagai bahasa. Ia menyediakan terjemahan, tafsir, bacaan, terjemahan perkataan demi perkataan, dan alat untuk kajian yang lebih mendalam, menjadikan al-Quran boleh diakses oleh semua orang.

Sebagai Sadaqah Jariyah, Quran.com berdedikasi untuk membantu orang ramai berhubung secara mendalam dengan al-Quran. Disokong oleh Quran.Foundation , sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3), Quran.com terus berkembang sebagai sumber percuma dan berharga untuk semua, Alhamdulillah.

Navigasi
Halaman Utama
Radio Al-Quran
Qari
Tentang Kami
Pemaju (Developers)
Kemas kini produk
Maklum balas
Bantuan
Derma
Projek Kami
Quran.com
Quran For Android
Quran iOS
QuranReflect.com
Quran.AI
Sunnah.com
Nuqayah.com
Legacy.Quran.com
Corpus.Quran.com
Projek tanpa untung yang dimiliki, diurus atau ditaja oleh Quran.Foundation
Pautan yang di gemari
Doa-doa daripada Al-Quran
Ayat Al-Quran Hari Ini
Ayatul Kursi
Surah Yaseen
Surah Al Mulk
Surah Ar-Rahman
Surah Al Waqi'ah
Surah Al Kahf
Surah Al Muzzammil
Peta lamanPrivasiTerma dan Syarat
© 2026 Quran.com. Hak cipta terpelihara
Sumbangan