Log masuk
Log masuk
Log masuk
Pilih Bahasa
037

As-Saaffaat 37:98 فارادوا به كيدا فجعلناهم الاسفلين ٩٨

37:98
فَأَرَادُواْ
بِهِۦ
كَيۡدٗا
فَجَعَلۡنَٰهُمُ
ٱلۡأَسۡفَلِينَ
٩٨
Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).
Teruskan Membaca

Baca Tafsir

Ibn Kathir (Abridged)

فَتَوَلَّوْاْ عَنْهُ مُدْبِرِينَ

(So they turned away from him and departed.) Qatadah said, "The Arabs say of one who thinks deeply that he is looking at the stars." What Qatadah meant is that he looked at the heavens thinking of a way to distract his people. So he said,

إِنِّى سَقِيمٌ

(Verily, I am si

…

فَتَوَلَّوْاْ عَنْهُ مُدْبِرِينَ

(So they turned away from him and departed.) Qatadah said, "The Arabs say of one who thinks deeply that he is looking

…
Lebih Banyak Tafsir

Baca dalam Konteks

Bab 37, Halaman 449, Juz 23

83. Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim. 84. Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni. 85. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: " Apa yang kamu sembah? 86. "Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)? 87. "Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?" 88. Kemudian ia memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di langit), 89. Lalu berkata: "Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)". 90. Setelah (mendengar kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia. 91. Lalu ia pergi kepada berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan? 92. "Mengapa kamu tidak menjawab?" 93. Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul). 94. (Setelah kaumnya mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya. 95. (Bagi menjawab bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang kamu pahat? 96. "Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!" 97. (Setelah tak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang menjulang-julang itu". 98. Maka mereka (dengan perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak berjaya maksudnya).

- Abdullah Muhammad Basmeih

Nota dan Refleksi

Anda tidak mempunyai sebarang nota atau renungan tentang ayat ini.

Notes placeholders

Kekal Terhubung dengan Al-Quran ❤️

Peringatan ringkas yang bermakna untuk menetapkan semula, merenung dan kekal terhubung dengan al-Quran.

Baca, Dengar, Cari, dan Renungkan Al-Quran

Quran.com ialah platform dipercayai yang digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk membaca, mencari, mendengar dan merenung Al-Quran dalam pelbagai bahasa. Ia menyediakan terjemahan, tafsir, bacaan, terjemahan perkataan demi perkataan, dan alat untuk kajian yang lebih mendalam, menjadikan al-Quran boleh diakses oleh semua orang.

Sebagai Sadaqah Jariyah, Quran.com berdedikasi untuk membantu orang ramai berhubung secara mendalam dengan al-Quran. Disokong oleh Quran.Foundation , sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3), Quran.com terus berkembang sebagai sumber percuma dan berharga untuk semua, Alhamdulillah.

Navigasi
Halaman Utama
Radio Al-Quran
Qari
Tentang Kami
Pemaju (Developers)
Kemas kini produk
Maklum balas
Bantuan
Derma
Projek Kami
Quran.com
Quran For Android
Quran iOS
QuranReflect.com
Quran.AI
Sunnah.com
Nuqayah.com
Legacy.Quran.com
Corpus.Quran.com
Projek tanpa untung yang dimiliki, diurus atau ditaja oleh Quran.Foundation
Pautan yang di gemari
Doa-doa daripada Al-Quran
Ayat Al-Quran Hari Ini
Ayatul Kursi
Surah Yaseen
Surah Al Mulk
Surah Ar-Rahman
Surah Al Waqi'ah
Surah Al Kahf
Surah Al Muzzammil
Peta lamanPrivasiTerma dan Syarat
© 2026 Quran.com. Hak cipta terpelihara
Sumbangan