Log masuk
Log masuk
Log masuk
Pilih Bahasa
075

Al-Qiyamah 75:32 ولاكن كذب وتولى ٣٢

75:32
وَلَٰكِن
كَذَّبَ
وَتَوَلَّىٰ
٣٢
Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
Teruskan Membaca

Baca Tafsir

Ibn Kathir (Abridged)

Certainty will Occur at the Time of Death. Allah Informs of the Condition at the Time of Death and What Terrors it Contains.

May Allah make us firm at that time with the Firm Statement. Allah says,

كَلاَّ إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِىَ

(Nay, when it reaches to the collarbones.) If we make the word "Kalla"

…

Certainty will Occur at the Time of Death. Allah Informs of the Condition at the Time of Death and What Terrors it Contains.

May Allah make us firm at

…
Lebih Banyak Tafsir

Baca dalam Konteks

Bab 75, Halaman 578, Juz 29

26. Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, 27. Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?" 28. Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; 29. Serta kedahsyatan bertindih-tindih; 30. (Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan). 31. (Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)! 32. Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar! 33. Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah. 34. (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! 35. Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak. 36. Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? 37. Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? 38. Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? 39. Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan. 40. Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!

- Abdullah Muhammad Basmeih

Nota dan Refleksi

Anda tidak mempunyai sebarang nota atau renungan tentang ayat ini.

Notes placeholders

Kekal Terhubung dengan Al-Quran ❤️

Peringatan ringkas yang bermakna untuk menetapkan semula, merenung dan kekal terhubung dengan al-Quran.

Baca, Dengar, Cari, dan Renungkan Al-Quran

Quran.com ialah platform dipercayai yang digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk membaca, mencari, mendengar dan merenung Al-Quran dalam pelbagai bahasa. Ia menyediakan terjemahan, tafsir, bacaan, terjemahan perkataan demi perkataan, dan alat untuk kajian yang lebih mendalam, menjadikan al-Quran boleh diakses oleh semua orang.

Sebagai Sadaqah Jariyah, Quran.com berdedikasi untuk membantu orang ramai berhubung secara mendalam dengan al-Quran. Disokong oleh Quran.Foundation , sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3), Quran.com terus berkembang sebagai sumber percuma dan berharga untuk semua, Alhamdulillah.

Navigasi
Halaman Utama
Radio Al-Quran
Qari
Tentang Kami
Pemaju (Developers)
Kemas kini produk
Maklum balas
Bantuan
Derma
Projek Kami
Quran.com
Quran For Android
Quran iOS
QuranReflect.com
Quran.AI
Sunnah.com
Nuqayah.com
Legacy.Quran.com
Corpus.Quran.com
Projek tanpa untung yang dimiliki, diurus atau ditaja oleh Quran.Foundation
Pautan yang di gemari
Doa-doa daripada Al-Quran
Ayat Al-Quran Hari Ini
Ayatul Kursi
Surah Yaseen
Surah Al Mulk
Surah Ar-Rahman
Surah Al Waqi'ah
Surah Al Kahf
Surah Al Muzzammil
Peta lamanPrivasiTerma dan Syarat
© 2026 Quran.com. Hak cipta terpelihara
Sumbangan