Log masuk
Log masuk
Log masuk
Pilih Bahasa

Surah Al-Muddaththir

.74

Orang Yang Berkemul

074
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
1.Wahai orang yang berselimut! 2.Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). 3.Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! 4.Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. 5.Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. 6.Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. 7.Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)! 8.Kerana apabila telah ditiup sangkakala, 9.Maka saat yang demikian adalah saat (berlakunya) hari yang sukar - 10.Kepada orang-orang kafir, lagi tidak mudah (mengelak azabnya). 11.(Jangan engkau bimbang wahai Muhammad) biarkanlah Aku sahaja membalas orang (yang menentangmu) yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri (tidak berharta dan anak pinak), 12.Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang banyak, 13.Serta anak pinak (yang ramai), yang sentiasa ada di sisinya. 14.Dan Aku mudahkan baginya (mendapat kekayaan dan kekuasaan) dengan semudah-mudahnya. 15.Kemudian ia ingin sangat, supaya Aku tambahi lagi; 16.Tidak sekali-kali (akan ditambahi) ! Kerana sesungguhnya dia menentang dengan degilnya akan ayat-ayat Kami (Al-Quran, yang disampaikan oleh Rasul Kami). 17.Aku akan menyeksanya (dengan azab) yang memuncak beratnya. 18.Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) -
575

Jadilah Penderma Bulanan

Derma bulanan membantu kami menambah baik Quran.com dan mengekalkan operasi supaya kami kurang menumpukan pada pengumpulan dana dan lebih kepada mencipta impak. Ketahui lebih lanjut

Derma sekarang
Baca, Dengar, Cari, dan Renungkan Al-Quran

Quran.com ialah platform dipercayai yang digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk membaca, mencari, mendengar dan merenung Al-Quran dalam pelbagai bahasa. Ia menyediakan terjemahan, tafsir, bacaan, terjemahan perkataan demi perkataan, dan alat untuk kajian yang lebih mendalam, menjadikan al-Quran boleh diakses oleh semua orang.

Sebagai Sadaqah Jariyah, Quran.com berdedikasi untuk membantu orang ramai berhubung secara mendalam dengan al-Quran. Disokong oleh Quran.Foundation , sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3), Quran.com terus berkembang sebagai sumber percuma dan berharga untuk semua, Alhamdulillah.

Navigasi
Halaman Utama
Radio Al-Quran
Qari
Tentang Kami
Pemaju (Developers)
Kemas kini produk
Maklum balas
Bantuan
Derma
Projek Kami
Quran.com
Quran For Android
Quran iOS
QuranReflect.com
Quran.AI
Sunnah.com
Nuqayah.com
Legacy.Quran.com
Corpus.Quran.com
Projek tanpa untung yang dimiliki, diurus atau ditaja oleh Quran.Foundation
Pautan yang di gemari

Ayatul Kursi

Surah Yaseen

Surah Al Mulk

Surah Ar-Rahman

Surah Al Waqi'ah

Surah Al Kahf

Surah Al Muzzammil

Peta lamanPrivasiTerma dan Syarat
© 2026 Quran.com. Hak cipta terpelihara