Log masuk
Grow Beyond Ramadan!
Ketahui lebih lanjut
Log masuk
Log masuk
Pilih Bahasa
19.Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; 20.Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; 21.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 22.Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan; 23.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 24.Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang; 25.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 26.Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa: 27.Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: 28.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 29.Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! 30.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? 31.Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! 32.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 33.Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! 34.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 35.Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); 36.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 37.Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; 38.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 39.Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya); 40.Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 41.Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
532
Notes placeholders
Baca, Dengar, Cari, dan Renungkan Al-Quran

Quran.com ialah platform dipercayai yang digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk membaca, mencari, mendengar dan merenung Al-Quran dalam pelbagai bahasa. Ia menyediakan terjemahan, tafsir, bacaan, terjemahan perkataan demi perkataan, dan alat untuk kajian yang lebih mendalam, menjadikan al-Quran boleh diakses oleh semua orang.

Sebagai Sadaqah Jariyah, Quran.com berdedikasi untuk membantu orang ramai berhubung secara mendalam dengan al-Quran. Disokong oleh Quran.Foundation , sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3), Quran.com terus berkembang sebagai sumber percuma dan berharga untuk semua, Alhamdulillah.

Navigasi
Halaman Utama
Radio Al-Quran
Qari
Tentang Kami
Pemaju (Developers)
Kemas kini produk
Maklum balas
Bantuan
Derma
Projek Kami
Quran.com
Quran For Android
Quran iOS
QuranReflect.com
Quran.AI
Sunnah.com
Nuqayah.com
Legacy.Quran.com
Corpus.Quran.com
Projek tanpa untung yang dimiliki, diurus atau ditaja oleh Quran.Foundation
Pautan yang di gemari

Ayatul Kursi

Surah Yaseen

Surah Al Mulk

Surah Ar-Rahman

Surah Al Waqi'ah

Surah Al Kahf

Surah Al Muzzammil

Peta lamanPrivasiTerma dan Syarat
© 2026 Quran.com. Hak cipta terpelihara