Log masuk
Log masuk
Log masuk
Pilih Bahasa
026

Asy-Syu'araa' 26:124 اذ قال لهم اخوهم هود الا تتقون ١٢٤

26:124
إِذۡ
قَالَ
لَهُمۡ
أَخُوهُمۡ
هُودٌ
أَلَا
تَتَّقُونَ
١٢٤
Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Teruskan Membaca

Baca Tafsir

Ibn Kathir (Abridged)

Hud's preaching to His People `Ad

Here Allah tells us about His servant and Messenger Hud, when he called his people `Ad. His people used to live in the Ahqaf, curved sand-hills near Hadramawt, on the borders of Yemen. They lived after the time of Nuh, as Allah says in Surat Al-A`raf:

وَاذكُرُواْ إِذْ
…

Hud's preaching to His People `Ad

Here Allah tells us about His servant and Messenger Hud, when he called his people `Ad. His people used to live in th

…
Lebih Banyak Tafsir

Baca dalam Konteks

Bab 26, Halaman 372, Juz 19

123. (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka). 124. Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. 125. "Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu. 126. "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku. 127. "Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam. 128. "Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik. 129. "Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya? 130. "Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis? 131. "Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku. 132. "Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya. 133. "Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai), 134. "Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir). 135. "Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)". 136. Mereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran. 137. "Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala, 138. "Dan kami pula tidak akan diseksa". 139. Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. 140. Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

- Abdullah Muhammad Basmeih

Nota dan Refleksi

Anda tidak mempunyai sebarang nota atau renungan tentang ayat ini.

Notes placeholders

Kekal Terhubung dengan Al-Quran ❤️

Peringatan ringkas yang bermakna untuk menetapkan semula, merenung dan kekal terhubung dengan al-Quran.

Baca, Dengar, Cari, dan Renungkan Al-Quran

Quran.com ialah platform dipercayai yang digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk membaca, mencari, mendengar dan merenung Al-Quran dalam pelbagai bahasa. Ia menyediakan terjemahan, tafsir, bacaan, terjemahan perkataan demi perkataan, dan alat untuk kajian yang lebih mendalam, menjadikan al-Quran boleh diakses oleh semua orang.

Sebagai Sadaqah Jariyah, Quran.com berdedikasi untuk membantu orang ramai berhubung secara mendalam dengan al-Quran. Disokong oleh Quran.Foundation , sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3), Quran.com terus berkembang sebagai sumber percuma dan berharga untuk semua, Alhamdulillah.

Navigasi
Halaman Utama
Radio Al-Quran
Qari
Tentang Kami
Pemaju (Developers)
Kemas kini produk
Maklum balas
Bantuan
Derma
Projek Kami
Quran.com
Quran For Android
Quran iOS
QuranReflect.com
Quran.AI
Sunnah.com
Nuqayah.com
Legacy.Quran.com
Corpus.Quran.com
Projek tanpa untung yang dimiliki, diurus atau ditaja oleh Quran.Foundation
Pautan yang di gemari
Doa-doa daripada Al-Quran
Ayat Al-Quran Hari Ini
Ayatul Kursi
Surah Yaseen
Surah Al Mulk
Surah Ar-Rahman
Surah Al Waqi'ah
Surah Al Kahf
Surah Al Muzzammil
Peta lamanPrivasiTerma dan Syarat
© 2026 Quran.com. Hak cipta terpelihara
Sumbangan