Log masuk
Log masuk
Log masuk
Pilih Bahasa
056

Al-Waaqi'ah 56:86 فلولا ان كنتم غير مدينين ٨٦

56:86
فَلَوۡلَآ
إِن
كُنتُمۡ
غَيۡرَ
مَدِينِينَ
٨٦
Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -
Teruskan Membaca

Baca Tafsir

Ibn Kathir (Abridged)

When the Soul reaches the Throat at the Time of Death, it cannot be brought back; this proves Reckon

Allah the Exalted said,

فَلَوْلاَ إِذَا بَلَغَتِ

(Then why do you not (intervene) when it reaches), in reference to the soul,

الْحُلْقُومَ

(Al-Hulqum), i.e., the throat, at the time of death. Allah the Ex

…

When the Soul reaches the Throat at the Time of Death, it cannot be brought back; this proves Reckon

Allah the Exalted said,

فَلَوْلاَ إِذَا بَلَغَتِ

(Th

…
Lebih Banyak Tafsir

Baca dalam Konteks

Bab 56, Halaman 537, Juz 27

75. Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, - 76. Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, - 77. Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), 78. Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, 79. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; 80. Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. 81. Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini? 82. Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)? 83. Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, - 84. Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, - 85. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, 86. Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), - 87. Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ? 88. Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ", 89. Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan. 90. Dan jika ia dari puak kanan, 91. Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan". 92. Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat, 93. Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak, 94. Serta bakaran api neraka. 95. Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini. 96. Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

- Abdullah Muhammad Basmeih

Nota dan Refleksi

Anda tidak mempunyai sebarang nota atau renungan tentang ayat ini.

Notes placeholders

Kekal Terhubung dengan Al-Quran ❤️

Peringatan ringkas yang bermakna untuk menetapkan semula, merenung dan kekal terhubung dengan al-Quran.

Baca, Dengar, Cari, dan Renungkan Al-Quran

Quran.com ialah platform dipercayai yang digunakan oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk membaca, mencari, mendengar dan merenung Al-Quran dalam pelbagai bahasa. Ia menyediakan terjemahan, tafsir, bacaan, terjemahan perkataan demi perkataan, dan alat untuk kajian yang lebih mendalam, menjadikan al-Quran boleh diakses oleh semua orang.

Sebagai Sadaqah Jariyah, Quran.com berdedikasi untuk membantu orang ramai berhubung secara mendalam dengan al-Quran. Disokong oleh Quran.Foundation , sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3), Quran.com terus berkembang sebagai sumber percuma dan berharga untuk semua, Alhamdulillah.

Navigasi
Halaman Utama
Radio Al-Quran
Qari
Tentang Kami
Pemaju (Developers)
Kemas kini produk
Maklum balas
Bantuan
Derma
Projek Kami
Quran.com
Quran For Android
Quran iOS
QuranReflect.com
Quran.AI
Sunnah.com
Nuqayah.com
Legacy.Quran.com
Corpus.Quran.com
Projek tanpa untung yang dimiliki, diurus atau ditaja oleh Quran.Foundation
Pautan yang di gemari
Doa-doa daripada Al-Quran
Ayat Al-Quran Hari Ini
Ayatul Kursi
Surah Yaseen
Surah Al Mulk
Surah Ar-Rahman
Surah Al Waqi'ah
Surah Al Kahf
Surah Al Muzzammil
Peta lamanPrivasiTerma dan Syarat
© 2026 Quran.com. Hak cipta terpelihara
Sumbangan